Friday, 22 April 2011

About Me : The Happiness

Setiap orang dalam dunia ni mengimpikan kebahagian dalam kehidupan. Kalau sebut pasal kebahagiaan, mesti orang akan fikir benda-benda yang indah dan best. Aku pun macam tu jugak. Aku selalu mengharapkan kebahagiaan dalam hidup aku. Sampai sekarang ini aku masih mencari waktu-waktu bahagia tu.
Yang pertama, aku nak cerita pasal cinta. Memang aku pernah bahagia sekejap sebab masa tu aku kemaruk cinta. Satu-satunya perempuan yang paling aku sayang. Setiap benda-benda baru yang aku buat, dialah yang selalu teman aku. Dia memang baik, cantik, pandai. Tapi kebahagiaan tu lama-lama bertukar menjadi duka. Dia dah mula berubah. Semua ciri-ciri yang aku tengok sebelum ni dah hilang. Akhirnya dia pergi meninggalkan aku. Lepas cerita tersebut, adalah perempuan-perempuan lain yang aku kenal, tapi jujur aku cakap, aku langsung tak berminat nak bercinta. Ada yang gila duit, ada yang suka merendahkan aku, dan macam-macam lagi lah. Sampai ke satu tahap, aku dah malas nak layan perempuan. Maksud aku, bercinta lah! Aku bukan gay. Haha!
Yang kedua, aku nak cakap pasal kawan. Aku juga ramai kawan-kawan yang hebat-hebat, baik, handsome, cantik. Aku memang happy berkawan dengan dorang. Tapi, ada segenlitir kawan aku ni, tak tau nak cakap apa. Dorang ni jenis suka nak komen pasal diri aku. Apa yang aku makan, apa yang aku buat, mana yang aku pergi, apa yang aku pakai. Ada juga yang suka merendah-rendahkan aku, suka memalukan aku depan orang dan macam-macam lagi. Memang secara jujur, aku tak suka dorang buat aku macam tu sebab aku ni manusia. Ada hati dan perasaan. Oleh kerana aku tak nak hilang kawan, aku terpaksa mendiamkan diri. Bergurau ada batas nya tapi kalau dah melampau, aku pun sakit hati. Aku pon tak sampai hati nak gurau lebih-lebih sebab tak nak dorang malu atau terguris hati. Walau bagaimanapun, aku tetap bahagia dengan kehidupan aku dengan kawan-kawan aku.
Yang terakhir, aku nak cerita pasal kebahagian dengan ibu bapa aku. Memang dari kecil lagi, aku jarang bercakap dengan ibu bapa aku. Sebab itu aku tak pernah luahkan apa yang aku rasa sebelum aku pergi meninggalkan mereka selama-lamanya. Jauh dalam hati aku ni, aku sangat sayang pada mereka. Dan pada usia aku 23 tahun ni, baru aku sedar yang aku mempunyai 1 sebab yang telah diamanahkan oleh Allah kepada aku iaitu membahagiakan ibu bapa aku. Bagi aku, itulah sebab aku dilahirkan. Selama berpuluh-puluh tahun aku hidup, aku dah banyak menyusahkan mereka. Aku pernah berjanji pada diri aku, bila aku dah ada duit, aku nak guna duit aku sendiri untuk hantar mereka pergi haji. Aku tahu benda ni agak susah sebab memerlukan kos yang tinggi, tapi aku akan berusaha untuk mendapatkan duit. Itu janji aku.
Itulah cerita aku pada kali ini. Dalam dunia ni, ibu bapa aku lah yang telah memberi kebahagiaan pada aku. Tak terbalas jasa mereka semenjak aku dilahirkan sehingga sekarang. Namun, aku akan berusaha setakat yang aku mampu untuk membahagiakan mereka sehingga ke akhir hayat mereka. Dan aku juga akan berusaha untuk mengubah kehidupan aku sebelum aku pergi buat selama-lamanya. Insya-Allah.


1 comment:

  1. Kalau dah kerja, dewasa semua nak bawak mak ayah g haji gak. Sayang dorang walaupun suka degil. ;)

    ReplyDelete