Perlawanan Piala FA di antara Man City dan Man Utd berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Man City. Gol dijaringkan oleh pemain tengah, Yaya Toure apabila Micheal Carrick melakukan kesilapan semasa ingin mengeluarkan bola.
El Classico menyaksikan perlawanan berakhir dengan keputusan seri. Gol Barcelona dijaringkan menerusi sepakan penalti oleh pemain terbaik dunia, Lionel Messi pada minit ke 53 apabila pemain pertahanan Real Madrid, Raul Albiol mengasari David Villa. Raul Albiol dilayangkan kad merah selepas insiden terbabit. Namun, Real Madrid tetap melakukan serangan dan akhirnya Real Madrid juga dihadiahkan sepakan penalti apabila Marcelo dijatuhkan oleh Dani Alves. Cristiano menyempurnakan sepakan penalti itu dan ia merupakan gol ke-30 beliau dalam perlawanan liga.
No comments:
Post a Comment