Be glad of LIFE. :)
Wednesday, 27 April 2011
Sports : UEFA Champions League Semi-Final Review
Pagi semalam telah berlangsung satu perlawanan separuh akhir Leg 1 antara Schalke 04 menentang Manchester United. Perlawanan itu telah dimenangi oleh Man Utd 2 dan Schalke 0. Gol Man Utd telah dijaringkan oleh Ryan Giggs pada minit ke 67 dan Wayne Rooney 2 minit selepas itu. Kejayaan ini penting sebagai bekalan kepada Man Utd apabila mereka akan bertemu sekali lagi di Old Trafford.
Aku harap pasukan favorite aku Man Utd akan menang di Old Trafford dan sekali gus akan ke final.
Sekarang ini juga telah berlangsung perlawanan separuh akhir UEFA Champions League di antara 2 kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona. Aku akan update keputusan perlawanan ini sebentar lagi. Stay Tuned!
Movie : Review Penunggu Istana
Setelah sekian lama aku tak pergi tengok wayang, kali ni aku nak bagi komen sikit lah pasal movie yang aku tengok siang tadi. Tajuk dia PENUNGGU ISTANA. Cerita ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang pergi ke sebuah istana yang dikatakan berpenunggu untuk membuat penyiasatan tentang alam ghaib bagi membantu menyiapkan kertas projek mereka. Filem ini keseluruhan dirakamkan di Istana Billah, Papan, Perak iaitu istana tua yang telah terbiar. Setelah disusun ceritanya, kejadian misteri ini berlaku sselama 15 hari.
Komen aku pasal cerita ni, pada awalnya agak bosan sebab perangai para penyiasat masing-masing yang bagi aku tak perlu menunjuk atau terlebih perwatakannya. Nanti kalau korang tengok cerita ini, korang akan tahu la.
Tapi, filem itu semakin menjadi menarik sebab kemunculan aktiviti-aktiviti aneh di samping penampakan imej-imej hantu yang sebenar. Aku pun sebagai penonton agak takut jugak lah. Haha! Tapi aku buat-buat berani. Dan pada keseluruhannya aku puji filem ni sebab ia merupakan filem pertama di Malaysia yang memaparkan aksi-aksi yang real (real footage). Real hantu bro and sis! Kalau berani, pergi tengok!
Friday, 22 April 2011
About Me : The Happiness
Setiap orang dalam dunia ni mengimpikan kebahagian dalam kehidupan. Kalau sebut pasal kebahagiaan, mesti orang akan fikir benda-benda yang indah dan best. Aku pun macam tu jugak. Aku selalu mengharapkan kebahagiaan dalam hidup aku. Sampai sekarang ini aku masih mencari waktu-waktu bahagia tu.
Yang pertama, aku nak cerita pasal cinta. Memang aku pernah bahagia sekejap sebab masa tu aku kemaruk cinta. Satu-satunya perempuan yang paling aku sayang. Setiap benda-benda baru yang aku buat, dialah yang selalu teman aku. Dia memang baik, cantik, pandai. Tapi kebahagiaan tu lama-lama bertukar menjadi duka. Dia dah mula berubah. Semua ciri-ciri yang aku tengok sebelum ni dah hilang. Akhirnya dia pergi meninggalkan aku. Lepas cerita tersebut, adalah perempuan-perempuan lain yang aku kenal, tapi jujur aku cakap, aku langsung tak berminat nak bercinta. Ada yang gila duit, ada yang suka merendahkan aku, dan macam-macam lagi lah. Sampai ke satu tahap, aku dah malas nak layan perempuan. Maksud aku, bercinta lah! Aku bukan gay. Haha!
Yang kedua, aku nak cakap pasal kawan. Aku juga ramai kawan-kawan yang hebat-hebat, baik, handsome, cantik. Aku memang happy berkawan dengan dorang. Tapi, ada segenlitir kawan aku ni, tak tau nak cakap apa. Dorang ni jenis suka nak komen pasal diri aku. Apa yang aku makan, apa yang aku buat, mana yang aku pergi, apa yang aku pakai. Ada juga yang suka merendah-rendahkan aku, suka memalukan aku depan orang dan macam-macam lagi. Memang secara jujur, aku tak suka dorang buat aku macam tu sebab aku ni manusia. Ada hati dan perasaan. Oleh kerana aku tak nak hilang kawan, aku terpaksa mendiamkan diri. Bergurau ada batas nya tapi kalau dah melampau, aku pun sakit hati. Aku pon tak sampai hati nak gurau lebih-lebih sebab tak nak dorang malu atau terguris hati. Walau bagaimanapun, aku tetap bahagia dengan kehidupan aku dengan kawan-kawan aku.
Yang terakhir, aku nak cerita pasal kebahagian dengan ibu bapa aku. Memang dari kecil lagi, aku jarang bercakap dengan ibu bapa aku. Sebab itu aku tak pernah luahkan apa yang aku rasa sebelum aku pergi meninggalkan mereka selama-lamanya. Jauh dalam hati aku ni, aku sangat sayang pada mereka. Dan pada usia aku 23 tahun ni, baru aku sedar yang aku mempunyai 1 sebab yang telah diamanahkan oleh Allah kepada aku iaitu membahagiakan ibu bapa aku. Bagi aku, itulah sebab aku dilahirkan. Selama berpuluh-puluh tahun aku hidup, aku dah banyak menyusahkan mereka. Aku pernah berjanji pada diri aku, bila aku dah ada duit, aku nak guna duit aku sendiri untuk hantar mereka pergi haji. Aku tahu benda ni agak susah sebab memerlukan kos yang tinggi, tapi aku akan berusaha untuk mendapatkan duit. Itu janji aku.
Itulah cerita aku pada kali ini. Dalam dunia ni, ibu bapa aku lah yang telah memberi kebahagiaan pada aku. Tak terbalas jasa mereka semenjak aku dilahirkan sehingga sekarang. Namun, aku akan berusaha setakat yang aku mampu untuk membahagiakan mereka sehingga ke akhir hayat mereka. Dan aku juga akan berusaha untuk mengubah kehidupan aku sebelum aku pergi buat selama-lamanya. Insya-Allah.

Tuesday, 19 April 2011
About Me : First day kerja..
Hari pertama aku bekerja, maybe hari yang okay bagi aku. Tengok macam okay sebab baru sehari. Kalau berhari-hari, tak tau la aku nak kata apa. Tapi aku harap dorang tak loklak sangat ar dan aku harap aku dapat menyesuaikan dengan kerja baru ni. Yang paling best, awek dok sebelah aku. Memang "cargas" la abg buat kerja! Tapi fokus aku bukan nak tgk pompuan.. Tu cuma sampingan jer, sebagai cuci-cuci mata. Al maklum lah aku ni single. :) Fokus aku nak cari duit, bayar bil air, bil letrik, duit makan, bagi mak aku duit. Dulu aku je selalu pow duit mak aku. Sekarang ni aku dah bekerja, mak aku tak payah nak pow aku. Aku sendiri yang bagi. :)
Haih.. Kerja ni memang memenatkan la. Tangan sampai nak patah, jari aku krem! Aku pon tak tau macam mana dorang boleh tahan kerja kat situ. Menaip bagai robot. Dari pagi sampai petang, menaip je kerjanya. Mata dah juling tengok komputer tu lama2. Tapi nak buat macam mana. Dah nama kerja. Mana ada kerja senang dalam dunia ni. Nak merompak pon susah. Kalau takde plan, tak jadi jugak.
Dalam kehidupan ni, kena lah ade plan. Dan aku sedang berusaha untuk plan kehidupan aku ni supaya tak jadi caca marba nanti. Aku tak nak jadi macam dulu. Sawan jugak lah sebab kehidupan aku tak betul. Sekarang ni alhamdulillah. Aku harap Tuhan akan selalu bersama aku dan akan membantu aku untuk mencapai cita-cita yang dah lama aku inginkan. :)
P/S ; Jap lagi MANCHESTER UNITED akan menang!

Saturday, 16 April 2011
Sports : Update for two big matches (Apr 17, 2011)
Perlawanan Piala FA di antara Man City dan Man Utd berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Man City. Gol dijaringkan oleh pemain tengah, Yaya Toure apabila Micheal Carrick melakukan kesilapan semasa ingin mengeluarkan bola.
El Classico menyaksikan perlawanan berakhir dengan keputusan seri. Gol Barcelona dijaringkan menerusi sepakan penalti oleh pemain terbaik dunia, Lionel Messi pada minit ke 53 apabila pemain pertahanan Real Madrid, Raul Albiol mengasari David Villa. Raul Albiol dilayangkan kad merah selepas insiden terbabit. Namun, Real Madrid tetap melakukan serangan dan akhirnya Real Madrid juga dihadiahkan sepakan penalti apabila Marcelo dijatuhkan oleh Dani Alves. Cristiano menyempurnakan sepakan penalti itu dan ia merupakan gol ke-30 beliau dalam perlawanan liga.
Sports : El Classico - Real Madrid v Barcelona
El Classico sekali lagi menyaksikan pertembungan 2 kelab gergasi dunia, Real Madrid dan Barcelona. Pada perlawanan yang lepas, Real Madrid dibelasah 5-0 oleh Barcelona di Nou Camp. Pertembungan kedua ini akan berlangsung di Stadium Santiago Bernabeu pada pukul 3.55 pagi waktu malaysia. (17 April 2011).
*Update after this Match.
Sports : Man City v Man Utd, FA Cup Semi-Final
Sebentar lagi akan menyaksikan perlawanan di antara Manchester City dan Manchester United bagi Piala FA separuh akhir. Pemenang akan mara ke perlawanan akhir dan akan bertemu sama ada Stoke atau Bolton.
Dalam pada itu, Manchester United dikatakan sedang berbincang bagi mendapatkan khidmat pemain Schalke 04, Raul. Pengurus Man Utd berkata, Raul masih lagi pemain bertaraf 5 bintang walaupun pemain itu berusia 33 tahun. Raul juga adalah bekas bintang kelab terkemuka dunia, Real Madrid. Raul menandatangani kontrak 2 tahun bersama kelab Jerman, Schalke 04 pada Julai 2010 dan telah menjaringkan 12 gol dalam 29 perlawanan.
Subscribe to:
Posts (Atom)