Tuesday, 12 April 2011
Sports : Glory-glory Man United!
Manchester United telah membuktikan yang mereka adalah antara pasukan yang terkuat untuk musim ini apabila mengalahkan Chelsea 2-1 di Old Trafford. Javier "Chicarito" Hernandez meletakkan Man Utd di hadapan pada minit ke 43. Babak kedua bersambung menyaksikan Fernando Torres yang gagal mencipta gol buat Chelsea dikeluarkan dan diganti dengan Didier Drogba. Pada minit ke 69, Ramires dibuang padang setelah mendapat kad kuning ke 2 akibat mengasari Nani. Percaturan Carlo Ancelotti berbaloi apabila Drogba menjaringkan gol pada minit ke 77. Namun sejurus gol itu, Man Utd melancarkan serangan dan 30 saat selepas itu, Ji-sung Park telah merembat masuk gol kedua sekaligus meletakkan Man Utd kembali di hadapan. Permainan tamat dengan agreget Man Utd 3 Chelsea 2. Tahniah Manchester United!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment