Wednesday, 27 April 2011
Movie : Review Penunggu Istana
Setelah sekian lama aku tak pergi tengok wayang, kali ni aku nak bagi komen sikit lah pasal movie yang aku tengok siang tadi. Tajuk dia PENUNGGU ISTANA. Cerita ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang pergi ke sebuah istana yang dikatakan berpenunggu untuk membuat penyiasatan tentang alam ghaib bagi membantu menyiapkan kertas projek mereka. Filem ini keseluruhan dirakamkan di Istana Billah, Papan, Perak iaitu istana tua yang telah terbiar. Setelah disusun ceritanya, kejadian misteri ini berlaku sselama 15 hari.
Komen aku pasal cerita ni, pada awalnya agak bosan sebab perangai para penyiasat masing-masing yang bagi aku tak perlu menunjuk atau terlebih perwatakannya. Nanti kalau korang tengok cerita ini, korang akan tahu la.
Tapi, filem itu semakin menjadi menarik sebab kemunculan aktiviti-aktiviti aneh di samping penampakan imej-imej hantu yang sebenar. Aku pun sebagai penonton agak takut jugak lah. Haha! Tapi aku buat-buat berani. Dan pada keseluruhannya aku puji filem ni sebab ia merupakan filem pertama di Malaysia yang memaparkan aksi-aksi yang real (real footage). Real hantu bro and sis! Kalau berani, pergi tengok!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment