22 tahun dulu, banyak perkara yang baik dengan tak baik berlaku pada aku. Tapi kebanyakannya aku boleh katakan, hidup aku memang malang 22 tahun yang lalu. Bermula dari sekolah rendah, aku masih dalam keadaan okay lagi kot. :) Result UPSR pon okay. Then aku masuk sekolah menengah pula. Kat sana pon aku hidup aku dah mula macam tak betul. Belajar entah ke mana. Tu yang keluar result SPM cukup-cukup makan. Haiz.
Lepas sekolah menengah, aku terus masuk salah sebuah kolej swasta. Banyak kenangan aku masa kat kolej ni. Ada baik, ada buruk. Yang baik nya, aku dapat kenal dgn kawan-aku yang sekarang ni. Banyak aku belajar tentang kehidupan luar. Yang kurang baik nya, aku mula terlibat pergi clubbing, minum arak, gangsterisme dan seks. Time mula-mula, memang seronok. Enjoy, perempuan kiri kanan. Tapi pada hakikat nya, aku memang tak mahu terdedah dengan semua tu. Silap aku juga kawan dengan orang-orang yang tak betul. Pelajaran aku teruk sampai aku tak dapat nak habiskan semeseter aku. Dalam sejarah hidup aku, inilah benda yang paling teruk pernah aku buat.
Sekarang bagi aku, dah terlambat nak betulkan semuanya. Duit membazir macam tu je. Bila aku kenang balik, hati aku mesti menangis dan menyesal dengan apa yang dah berlaku. Kerja pun susah nak dapat. Akibat nya, sampai sekarang aku menganggur. Memang aku benci dengan diri aku yang dulu.
2011 ni, alhamdulillah. Kehidupan aku pon banyak berbeza. Aku mula bersembahyang, aku baca al-quran. Aku sangat-sangat berharap yang Tuhan akan tolong aku ke jalan yang baik. Dan aku sangat-sangat berharap kehidupan aku yang seterusnya ni, aku nak berjaya. Di dunia & di akhirat.
No comments:
Post a Comment