Wednesday, 27 April 2011

Sports : UEFA Champions League Semi-Final Review



Pagi semalam telah berlangsung satu perlawanan separuh akhir Leg 1 antara Schalke 04 menentang Manchester United. Perlawanan itu telah dimenangi oleh Man Utd 2 dan Schalke 0. Gol Man Utd telah dijaringkan oleh Ryan Giggs pada minit ke 67 dan Wayne Rooney 2 minit selepas itu. Kejayaan ini penting sebagai bekalan kepada Man Utd apabila mereka akan bertemu sekali lagi di Old Trafford.
Aku harap pasukan favorite aku Man Utd akan menang di Old Trafford dan sekali gus akan ke final.


Sekarang ini juga telah berlangsung perlawanan separuh akhir UEFA Champions League di antara 2 kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona. Aku akan update keputusan perlawanan ini sebentar lagi. Stay Tuned!

Movie : Review Penunggu Istana



Setelah sekian lama aku tak pergi tengok wayang, kali ni aku nak bagi komen sikit lah pasal movie yang aku tengok siang tadi. Tajuk dia PENUNGGU ISTANA. Cerita ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang pergi ke sebuah istana yang dikatakan berpenunggu untuk membuat penyiasatan tentang alam ghaib bagi membantu menyiapkan kertas projek mereka. Filem ini keseluruhan dirakamkan di Istana Billah, Papan, Perak iaitu istana tua yang telah terbiar. Setelah disusun ceritanya, kejadian misteri ini berlaku sselama 15 hari.
Komen aku pasal cerita ni, pada awalnya agak bosan sebab perangai para penyiasat masing-masing yang bagi aku tak perlu menunjuk atau terlebih perwatakannya. Nanti kalau korang tengok cerita ini, korang akan tahu la.
Tapi, filem itu semakin menjadi menarik sebab kemunculan aktiviti-aktiviti aneh di samping penampakan imej-imej hantu yang sebenar. Aku pun sebagai penonton agak takut jugak lah. Haha! Tapi aku buat-buat berani. Dan pada keseluruhannya aku puji filem ni sebab ia merupakan filem pertama di Malaysia yang memaparkan aksi-aksi yang real (real footage). Real hantu bro and sis! Kalau berani, pergi tengok!

Friday, 22 April 2011

About Me : The Happiness

Setiap orang dalam dunia ni mengimpikan kebahagian dalam kehidupan. Kalau sebut pasal kebahagiaan, mesti orang akan fikir benda-benda yang indah dan best. Aku pun macam tu jugak. Aku selalu mengharapkan kebahagiaan dalam hidup aku. Sampai sekarang ini aku masih mencari waktu-waktu bahagia tu.
Yang pertama, aku nak cerita pasal cinta. Memang aku pernah bahagia sekejap sebab masa tu aku kemaruk cinta. Satu-satunya perempuan yang paling aku sayang. Setiap benda-benda baru yang aku buat, dialah yang selalu teman aku. Dia memang baik, cantik, pandai. Tapi kebahagiaan tu lama-lama bertukar menjadi duka. Dia dah mula berubah. Semua ciri-ciri yang aku tengok sebelum ni dah hilang. Akhirnya dia pergi meninggalkan aku. Lepas cerita tersebut, adalah perempuan-perempuan lain yang aku kenal, tapi jujur aku cakap, aku langsung tak berminat nak bercinta. Ada yang gila duit, ada yang suka merendahkan aku, dan macam-macam lagi lah. Sampai ke satu tahap, aku dah malas nak layan perempuan. Maksud aku, bercinta lah! Aku bukan gay. Haha!
Yang kedua, aku nak cakap pasal kawan. Aku juga ramai kawan-kawan yang hebat-hebat, baik, handsome, cantik. Aku memang happy berkawan dengan dorang. Tapi, ada segenlitir kawan aku ni, tak tau nak cakap apa. Dorang ni jenis suka nak komen pasal diri aku. Apa yang aku makan, apa yang aku buat, mana yang aku pergi, apa yang aku pakai. Ada juga yang suka merendah-rendahkan aku, suka memalukan aku depan orang dan macam-macam lagi. Memang secara jujur, aku tak suka dorang buat aku macam tu sebab aku ni manusia. Ada hati dan perasaan. Oleh kerana aku tak nak hilang kawan, aku terpaksa mendiamkan diri. Bergurau ada batas nya tapi kalau dah melampau, aku pun sakit hati. Aku pon tak sampai hati nak gurau lebih-lebih sebab tak nak dorang malu atau terguris hati. Walau bagaimanapun, aku tetap bahagia dengan kehidupan aku dengan kawan-kawan aku.
Yang terakhir, aku nak cerita pasal kebahagian dengan ibu bapa aku. Memang dari kecil lagi, aku jarang bercakap dengan ibu bapa aku. Sebab itu aku tak pernah luahkan apa yang aku rasa sebelum aku pergi meninggalkan mereka selama-lamanya. Jauh dalam hati aku ni, aku sangat sayang pada mereka. Dan pada usia aku 23 tahun ni, baru aku sedar yang aku mempunyai 1 sebab yang telah diamanahkan oleh Allah kepada aku iaitu membahagiakan ibu bapa aku. Bagi aku, itulah sebab aku dilahirkan. Selama berpuluh-puluh tahun aku hidup, aku dah banyak menyusahkan mereka. Aku pernah berjanji pada diri aku, bila aku dah ada duit, aku nak guna duit aku sendiri untuk hantar mereka pergi haji. Aku tahu benda ni agak susah sebab memerlukan kos yang tinggi, tapi aku akan berusaha untuk mendapatkan duit. Itu janji aku.
Itulah cerita aku pada kali ini. Dalam dunia ni, ibu bapa aku lah yang telah memberi kebahagiaan pada aku. Tak terbalas jasa mereka semenjak aku dilahirkan sehingga sekarang. Namun, aku akan berusaha setakat yang aku mampu untuk membahagiakan mereka sehingga ke akhir hayat mereka. Dan aku juga akan berusaha untuk mengubah kehidupan aku sebelum aku pergi buat selama-lamanya. Insya-Allah.


Tuesday, 19 April 2011

About Me : First day kerja..

Hari pertama aku bekerja, maybe hari yang okay bagi aku. Tengok macam okay sebab baru sehari. Kalau berhari-hari, tak tau la aku nak kata apa. Tapi aku harap dorang tak loklak sangat ar dan aku harap aku dapat menyesuaikan dengan kerja baru ni. Yang paling best, awek dok sebelah aku. Memang "cargas" la abg buat kerja! Tapi fokus aku bukan nak tgk pompuan.. Tu cuma sampingan jer, sebagai cuci-cuci mata. Al maklum lah aku ni single. :) Fokus aku nak cari duit, bayar bil air, bil letrik, duit makan, bagi mak aku duit. Dulu aku je selalu pow duit mak aku. Sekarang ni aku dah bekerja, mak aku tak payah nak pow aku. Aku sendiri yang bagi. :)

Haih.. Kerja ni memang memenatkan la. Tangan sampai nak patah, jari aku krem! Aku pon tak tau macam mana dorang boleh tahan kerja kat situ. Menaip bagai robot. Dari pagi sampai petang, menaip je kerjanya. Mata dah juling tengok komputer tu lama2. Tapi nak buat macam mana. Dah nama kerja. Mana ada kerja senang dalam dunia ni. Nak merompak pon susah. Kalau takde plan, tak jadi jugak.

Dalam kehidupan ni, kena lah ade plan. Dan aku sedang berusaha untuk plan kehidupan aku ni supaya tak jadi caca marba nanti. Aku tak nak jadi macam dulu. Sawan jugak lah sebab kehidupan aku tak betul. Sekarang ni alhamdulillah. Aku harap Tuhan akan selalu bersama aku dan akan membantu aku untuk mencapai cita-cita yang dah lama aku inginkan. :)

P/S ; Jap lagi MANCHESTER UNITED akan menang!


Saturday, 16 April 2011

Sports : Update for two big matches (Apr 17, 2011)



Manchester City 1 Manchester United 0

Perlawanan Piala FA di antara Man City dan Man Utd berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Man City. Gol dijaringkan oleh pemain tengah, Yaya Toure apabila Micheal Carrick melakukan kesilapan semasa ingin mengeluarkan bola.




Real Madrid 1 Barcelona 1

El Classico menyaksikan perlawanan berakhir dengan keputusan seri. Gol Barcelona dijaringkan menerusi sepakan penalti oleh pemain terbaik dunia, Lionel Messi pada minit ke 53 apabila pemain pertahanan Real Madrid, Raul Albiol mengasari David Villa. Raul Albiol dilayangkan kad merah selepas insiden terbabit. Namun, Real Madrid tetap melakukan serangan dan akhirnya Real Madrid juga dihadiahkan sepakan penalti apabila Marcelo dijatuhkan oleh Dani Alves. Cristiano menyempurnakan sepakan penalti itu dan ia merupakan gol ke-30 beliau dalam perlawanan liga.

Sports : El Classico - Real Madrid v Barcelona



El Classico sekali lagi menyaksikan pertembungan 2 kelab gergasi dunia, Real Madrid dan Barcelona. Pada perlawanan yang lepas, Real Madrid dibelasah 5-0 oleh Barcelona di Nou Camp. Pertembungan kedua ini akan berlangsung di Stadium Santiago Bernabeu pada pukul 3.55 pagi waktu malaysia. (17 April 2011).
*Update after this Match.

Sports : Man City v Man Utd, FA Cup Semi-Final



Sebentar lagi akan menyaksikan perlawanan di antara Manchester City dan Manchester United bagi Piala FA separuh akhir. Pemenang akan mara ke perlawanan akhir dan akan bertemu sama ada Stoke atau Bolton.




Dalam pada itu, Manchester United dikatakan sedang berbincang bagi mendapatkan khidmat pemain Schalke 04, Raul. Pengurus Man Utd berkata, Raul masih lagi pemain bertaraf 5 bintang walaupun pemain itu berusia 33 tahun. Raul juga adalah bekas bintang kelab terkemuka dunia, Real Madrid. Raul menandatangani kontrak 2 tahun bersama kelab Jerman, Schalke 04 pada Julai 2010 dan telah menjaringkan 12 gol dalam 29 perlawanan.

Wednesday, 13 April 2011

About Me : The Beginning

Semalam merupakan hari luck aku la. Aku dapat kerja baru. Interview punya senang. LOL! Tapi aku bersyukur la sebab dapat. Kang orang interview tu tanya macam-macam, aku pulak pening. Aku nanti bakal bekerja di sebuah syarikat TUUUUTT.. (secret). Korang buat apa nak tau. XD
Mungkin semalam akan jadi titik permulaan untuk aku ubah diri aku ni. Sebab sekarang aku memang menghadapi masalah kewangan yang sangat serius.
Aku harap sangat tempat kerja baru ni okay. Dah banyak tempat aku try, tapi tak dapat-dapat. Trimas kepada sape-sape yang dah banyak tolong aku. Nanti aku dapat gaji, aku belanja. Makan angin kat Sunway Giza. Kat sane kipas siling besar. Haha! Yehhhhaa!


Tuesday, 12 April 2011

Sports : Glory-glory Man United!


Manchester United telah membuktikan yang mereka adalah antara pasukan yang terkuat untuk musim ini apabila mengalahkan Chelsea 2-1 di Old Trafford. Javier "Chicarito" Hernandez meletakkan Man Utd di hadapan pada minit ke 43. Babak kedua bersambung menyaksikan Fernando Torres yang gagal mencipta gol buat Chelsea dikeluarkan dan diganti dengan Didier Drogba. Pada minit ke 69, Ramires dibuang padang setelah mendapat kad kuning ke 2 akibat mengasari Nani. Percaturan Carlo Ancelotti berbaloi apabila Drogba menjaringkan gol pada minit ke 77. Namun sejurus gol itu, Man Utd melancarkan serangan dan 30 saat selepas itu, Ji-sung Park telah merembat masuk gol kedua sekaligus meletakkan Man Utd kembali di hadapan. Permainan tamat dengan agreget Man Utd 3 Chelsea 2. Tahniah Manchester United!

Sports : Manchester United v Chelsea, UEFA 2nd Leg (12 Apr 2011)


Who will go through to the semi-final UEFA Champions League tonight at Old Trafford? *Update after this match!*


Glory-Glory Manchester United! XD

Sunday, 10 April 2011

Events : Justin Bieber Concert Live in Kuala Lumpur 2011!


Justin Bieber Concert Live in Kuala Lumpur 2011 is officially confirmed for the 21st April which is a Thursday. The superstar is scheduled to perform at Stadium Merdeka and is officially sponsored by TuneTalk who is part of the AirAsia Group of companies. This is the much awaited concert Malaysians have been looking forward to for a very long time, well the teenage fans (girls and boys) should be all psyched up for this mega event so prepare for the concert of the year.

Sports : Congratulation Sebastian Vettel!


Sekali lagi Sebastian Vettel memenangi perlumbaan F1 Malaysian Grand Prix selapas beliau berjaya memenangi di Litar Albert Park, Australia. Vettel yang bermula di petak pertama memandu dengan konsisten sehingga ke akhir perlumbaan. Sebastian Vettel, 23, yang berasal dari Heppenheim, Germany merupakan juara dunia untuk tahun 2010 dan yang termuda dalam sejarah F1. Tahniah!

Thursday, 7 April 2011

Sports : Metal Mulisha Fight Team (MMA and Strikeforce)

This is one of my favorite sport, Kick boxing. Many fighters fight to win and to be king of the ring. This is one of my favorite fighter from Metal Mulisha Fight Team. He is Renato "Babalu" Sobral.






Featuring Nick Diaz, Gilbert Melendez, KJ Noons and Babalu Sobral of Metal Mulisha Fight Team

Wednesday, 6 April 2011

Sports : Chelsea 0 - Manchester United 1, UEFA 1st Leg.





Tak sangka Manchester United boleh menang kat Stamford Bridge. Bagi aku, game tadi kurang memuaskan. Man Utd kurang melakukan serangan. Tapi defensive bagus. Fernando Torres masih lagi tercari-cari gol pertama untuk Chelsea tapi tak berjaya. KESIAN! :D Apa-apa pun, tunggulah 2nd leg nanti kat Old Trafford. Kalau menang, memang kenduri lah kita! XD

About Me : 22 years ago..

22 tahun dulu, banyak perkara yang baik dengan tak baik berlaku pada aku. Tapi kebanyakannya aku boleh katakan, hidup aku memang malang 22 tahun yang lalu. Bermula dari sekolah rendah, aku masih dalam keadaan okay lagi kot. :) Result UPSR pon okay. Then aku masuk sekolah menengah pula. Kat sana pon aku hidup aku dah mula macam tak betul. Belajar entah ke mana. Tu yang keluar result SPM cukup-cukup makan. Haiz.

Lepas sekolah menengah, aku terus masuk salah sebuah kolej swasta. Banyak kenangan aku masa kat kolej ni. Ada baik, ada buruk. Yang baik nya, aku dapat kenal dgn kawan-aku yang sekarang ni. Banyak aku belajar tentang kehidupan luar. Yang kurang baik nya, aku mula terlibat pergi clubbing, minum arak, gangsterisme dan seks. Time mula-mula, memang seronok. Enjoy, perempuan kiri kanan. Tapi pada hakikat nya, aku memang tak mahu terdedah dengan semua tu. Silap aku juga kawan dengan orang-orang yang tak betul. Pelajaran aku teruk sampai aku tak dapat nak habiskan semeseter aku. Dalam sejarah hidup aku, inilah benda yang paling teruk pernah aku buat.

Sekarang bagi aku, dah terlambat nak betulkan semuanya. Duit membazir macam tu je. Bila aku kenang balik, hati aku mesti menangis dan menyesal dengan apa yang dah berlaku. Kerja pun susah nak dapat. Akibat nya, sampai sekarang aku menganggur. Memang aku benci dengan diri aku yang dulu.

2011 ni, alhamdulillah. Kehidupan aku pon banyak berbeza. Aku mula bersembahyang, aku baca al-quran. Aku sangat-sangat berharap yang Tuhan akan tolong aku ke jalan yang baik. Dan aku sangat-sangat berharap kehidupan aku yang seterusnya ni, aku nak berjaya. Di dunia & di akhirat.

Tuesday, 5 April 2011

Activities : Virtual DJ 6.1


Ni adalah set virtual DJ aku. Set lama version 6.1. Aku memang minat gile music. Lebih-lebih lagi dalam DJing ni. Banyak la DJs yang jadi influence aku macam kat malaysia ni, aku suka DJ Fuzz, DJ Uno of Pop Shuvit, DJ Goldfish of LapSap. Kalau international, aku suka DJ Craze, Tiesto, Paul Van Dyke & ramai lagi. Selama ni aku berusaha gila nak masuk DJ academy. Tapi belum tiba masa kot. Well, I guess ni je lah yang aku nak kongsi dengan korang. :)

Monday, 4 April 2011

Video : Dj Craze & Dj Klever Battle TRAKTOR SCRATCH DUO



Favorite DJ of all time.

About Me : Hello!

            Hi semua. Firstly, aku just nak cerita se'simple' yang mungkin tentang diri aku sebab aku pun memamg seorang yang simple. :) Korang semua boleh panggil aku Owzil (bukan nama sebenar). Nak tak nak pun, korang kena panggil juga, nanti korang panggil aku nama-nama yang hampeh, aku touching pulak nanti. :D

            Aku originally dari Kuala Lumpur. Hidup tak mewah cuma sederhana. I am single dan masih mencari calon-calon yang sesuai untuk dijadikan girlfriend. LOL! Tapi, aku tak kisah semua tu macam Aiman. Aiman semua dia tak kisah.
            
            Aku seorang yang boleh dikatakan pemalu juga, suka melancong, makan, computer games, internet. Dan sekarang, aku anggap laptop aku ni dah macam girlfriend aku, 24 jam ber'dating'. Aku mempunyai ramai kawan yang berjaya, cuma aku jer yang kurang berjaya. Sadis kalau nak cerita. :( Namun, aku bersyukur mempunyai kawan-kawan macam dorang tu.

            Tujuan blog ini adalah untuk aku meluahkan apa yang sepatutnya aku luahkan macam perasaan aku, hari-hari aku dan sebagainya. Jadi kalau korang nak tahu lagi, follow jangan tak follow. :)